Perbualan di KAMDA semasa membeli kain. Setelah kain yang nak dibeli tidak cukup 4 meter, ada pula kain yang sama dekat dinding. Borak punya borak sambil berfikir dan terlihat kain lain...
Mama: Eh na kain ni lawa juga!
Liyana: A'ah k.long pun tengok lawa jugak tadi. Eh tapi cukup ke 4 meter. (kain tu gantung tinggi plak tu dekat tiang). Yang ni 4 meter ke?
Abg kamda: Emm.. Ya kot, jap eh.. (dia tanya sorang budak ni, mcm sebaya, kerja KAMDA juga,lelaki). Dik ni 4 meter ke?
Budak kamda: A'ah.
Liyana: Ada ada lagi tak kat kayu?
Budak kamda: Jap, (dia pi tgk) tak de la ada warna ni je, pastu pattern ni.(pattern ni tu pattern lain,warna coklat. buruk!*)
Liyana: Ni 4 meter eh mana cukup, kan 4 meter setengah. (cakap ngan mama)
Mama: A'ah..
Liyana: Mama beli je la, kalau tak cukup mama buat la baju mama..
Budak kamda: 4 meter cukup nak buat baju kurung!
Mama: Cukup? Ya ke? mana adik tau?
Budak kamda: Nak buat untuk siapa? dia ke mak cik? (dia mean saya)
Mama: Dia.
Budak kamda: Owh kalau dia cukup lah, kalau mak cik 4 meter setengah kot.
Mama: kenapa pula?
Budak kamda: Sebab dia kurus, mak cik besar sikit.
HAHAHHAAH!!!
Mama: Eh meh mak cik belanja air! Hahhaa.. (sambil ketawa)
Budak kamda: Saya tau , sebab mak saya tukang jahit!
Hehehhe..
Jadi beli lah kain tu. yang display punya sbb tinggal tu je! Sejuk ati dengar dia cakap aku kurus! Hahha.. Padahal hari tu pakai baju potongan besar! Hahha.. Mama pun cakap eleh baju ni besar sebab tu nampak besar!(baju yg dia pakai) hahha.. Ya la maa..!
Perasan kejap! Waa :))
2 comments:
hahahahahaha!anda memg kurus pun yana.tp mgkn sy laaagi kurus.hihi.:P
ye ke? gemok la!
Nak kurus kan badan, tapi mulut tak habis2 menguyah!!
Hahha..
Kamu mmg kurus!
:b
Post a Comment