Thursday, June 21, 2012

Today reminder

Bertudunglah walau terpaksa. Solatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa. Kerana kewajipan itu memang kadang-kadang sifatnya terpaksa. #UstAzharIdrus

Tuesday, June 12, 2012

Utagha!































Mula mula plan nak pegi Perhentian or Lang Tengah tapi banyak sangat masalah, bilik penuh lah itu lah ini lah, so last minute plan we went to Langkawi. Long trip! Bertolak pukul 6 petang sampai Kedah dalam pukul 3.30 pagi. Dalam perjalanan kitaorg berhenti dekat Ipoh makan-makan. Then Sampai Kedah tidur rumah sedara esoknya lepas subuh sambung perjalanan pegi Kuala Perlis. So that was my first time sampai Perlis.

Jadi semua tempat dah pegi kecuali Sabah and Sarawak! :)) Almost complete! ;)

Conclusion, we had fun and exausted!!!! Hahaha. Cuma terkilan yg sky bridge lagi satu tu tutup, dia buat maintenance. Okay fine for our safety juga kan. Hmm. Till then, Oh congratulation to my cousin baru tunang! ;) Good night and assalamualaikum.

Monday, June 11, 2012

Friday, June 8, 2012

Favorite

Am
Ooh
           G               F
Standing by a broken tree
                           G
Her hands are all twisted,

She's pointing at me,
        Am                      G
I was damned by the light comin'
              F
Over all as she
                     G
Spoke with a voice that,

disrupted the sky.

She said,
 Am
"Wall on over, yeah
    G
to this bit of shade,
         F
I will wrap you in my arms
   G
And hold you safe"
         Am      G
Let me sign,
         F      G    A
let me sign."
 
Kalau kat ipod dengar berjuta kali. Eceh menipu lah berjuta, 
maknanya banyak kali lah hehe. 
Walaupun mcm tak berbutir dia cakap and macam malas 
nak nyanyi tapi best wei!!! :B 

Thursday, June 7, 2012

Something for myself


All cause of Allah. *copy from mariaelenazarul

Change?

I know it takes time to change. From bad to good. Everybody wants to be good, but it's not easy. Aku pun nak berubah. Tapi bukan senang, cakap memang lah senang. What I'm trying to change is myself. Sebagai khalifah di muka bumi ni kita kena lah ikut suruhan dan tinggal larangannya. Cuma ya lah. Kadang-kadnag kita lupa, kadang-kadang kita lalai, kadang-kadang kita terhasut atau digoda oleh syaitan dan terpengaruh dengan orang sekeliling.

Apa yang aku nak ialah selalu dekat dengannya. Solat tak tinggal. Selalu baca quran, baju tu kalau boleh jangan ketat or menjolok mata. Aku rasa pakaian aku tu kira dah standard lah kot. Mungkin kadang kadang ada lah menjolok mata. Tapi tidak lahseksi tak lah skema. Tapi kalau ikut islam, tudung tu kena tutup dada, kalau pakai tudung, rambut dalam tak boleh nampak. Macam-macam lagi.

Satu lagi laman sosial ni, aku sedar dan tahu. Tapi aku buat juga, mungkin iman tak kuat. hmm itu lah. Kadang-kadang aku rasa eh sebenarnya salah aku letak gambar yg vogue vogue hhaha (vogue ke :P paham paham lah, kalau tak paham sudah hee) gambar kat profile picture. Mesti lah kita nak letak yg lawa kan. Untuk perempuanaku rasa tak berapa elok lah. Sama juga dengan blog, lookbook, tumblr. Post gambar aku pakai turban pakai baju meriah2. Pastu orang tgk, aku rasa tu salah dan tak elok lah kan, tapi tu lah iman tu tak kuat. Kira org tgk full body kita lah, apa yg kita pakai semua. Lagi pun dengan usia sekarang dan kehidupan serta orang sekeliling buat aku jadi ishh belum masanya lagi, rasa tak kuat untuk berubah. Ya niat tu lain, still tutup semua aurat tapi still tak ikut yang sepatutnya. Kalau gambar vacation, raya or dengan family and friends tu okay la, cuma entah lah tak tahu nak cakap. Jiwa kacau kot HAHAHA -.-

Tapi tak apa lah, aku cuba dan berdoa supaya dijauhkan dari segala yang tidak baik, di beri budi pekerti yang baik, akhlak yang baik, semua yg baik lah. Beruba sikit skit pun baik juga dari tak ada langsung. As I said, nak beruba ni bukan pap sekelip mata, it takes time. Memang hari ni aku cakap mcm ni tapi esok aku buat lagi. Tapi tu lah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)

Jadi tu lah yang selama ini aku pendam, mugnkin ada orang cakap, "ala cakap je tu, bukan buat pun", "ala kolot lah kalau macam tu", "kau boleh ke?", "tak payah nak jadi baik sangant lah", "kejap je tu, hari ni cakap lah macam ni. Esok tah macam mana. Tapi tu terpulang lah. Aku tahu dia maha mendengar dan maha segalanya, apa apa pun aku mengadu kepadanya. Wallahhuallam

(Sebenarnya macam merapu sikit kat sini tapi tak apa lah. Kadang-kadang mood kita ni swing sikit hehe, selamat malam! Assalamualaikuam :)

Knowledge :)

SUNNAH KETIKA MINUM

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)
 
*copy from asyifamustaffa

Bagus juga info ni, ada lah satu dua point yg baru tahu. :) Happy reading!