Wednesday, November 20, 2013

Bila

Bila Allah takdirkan pertemuan, mesti ada sebab yang tersimpan. Bila Allah aturkan perpisahan, mesti ada sebab yang Allah tetapkan. -Unknown

Monday, November 11, 2013

Sometimes

Do you ever get in those moods when everything annoys you and you’re just so irritated and nervous but you have no clue why, and you just want to punch a hole in the wall and then break down in tears?
(via thejetplane)

Saturday, November 9, 2013

Thursday, November 7, 2013

What Hijrah means to you?

Selamat Tahun Baru 1435H!




So what Hijrah means to you?

Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-yahajiru-uhjur" bermakna "tinggalkan" atau "menjauhinya" (tidak melakukan segala perbuatan keji). Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! ( Surah Al-Muddathir:5)

To me Hijrah means you move form one point to another point to be a better person. Everybody makes mistakes so do I.

Macam mana nak start eh, okay dulu-dulu memang dari kecil pun mama and baba dah didik untuk tutup aurat, memang dari kecil sekolah tadika pakai tudung sampai la ni. Tapi ada la on off kan ala kecil-kecil mana nak lekat sangat tudung. Tapi bila darjah lima enam kalau keluar memang pakai tudung, cuma kalau keluar depan rumah tak la pakai kan. Bila naik sekolah menengah memang keluar rumah main dengan kawan-kawan pun pakai tudung. Tapi dulu pakai short sleeve pun tak kisah, tak rasa bersalah pun haha. Sekarang tudung tu memang alhamdulillah memang pakai selalu dan kalau nak pakai short sleeve tu mesti pakai cardigan or inner. Itu lah salah satu hijrah. banyak lagi perubahan pasal tutup aurat yang nak di perbaiki macam pakai anak tudung. I notice that what point pakai tudung tapi anak tudung tak pakai. Tu lah kelemahan saya. InsyaAllah akan diperbaiki. Next kadang-kadang tudung pendek, tak tutup bahagian hadapan and bawah dagu tak tutup so tu pun satu hal juga. Banyak betul benda tak tutup ni. Kaki, tak pakai stockin. Haii insyaAllah perubahan ni mengambil masa, I will try to improve my self from time-to time.

Social Network! Haa dulu kalau time Myspace tengah hot semua default picture nak yang hot hot je, nak yang cute-cute je. Sama la semua orang pun melalui benda yang sama. Kalau dulu selamber je upload gambar tak pakai tudung, tunjuk la rambut yang kononnye cantik haha :p rasa smart la gambar tu, walhal tak pun. Tapi alhamdulillah sekarang kalau nak upload semua gambar make sure tutup aurat. Maksudnya bukan lah tutup dagu, tutup kaki semua. Yang basic macam pakai tudung. Tak de lagi gambar-gambar yang tak pakai tudung. Kalau ada tu mungkin gambar lama and lupa nak delete. Sebenarnya dah lama cakap pada diri sendiri yang tak elok post gambar yg kita pakai baju cantik-cantik, gambar photoshoot lah, apa lah. Kalau kita upload gambar mesti lah kita suka gambar tu kan. Jadi somehow I feel eh tak baik ni orang tengok gambar kita yang kononnya cantik pastu post gambar pakaian yang kita rasa kita awesome bila dipakai. Kan benda tu membawa kepada riak :p I think la memang kita tak perasan tapi tu lah, ala macam kita nak show off kan padahal tak, just nak share je and mesti kawan-kawan kita ada yang terasa "cantiknya dia pakai baju tu" so dia rasa rendah diri, "cantiknya baju dia, mesti mahal, orang kaya boleh la" mesti dia rasa kecil hati sebab dia tak mampu. Macam blogger-blogger yang terlalu fashionista, rasa macam nak menunjuk pun ada padahal niat dia nk share tips fashion je. So benda-benda macam ni  lah yang nak saya elak kan, walaupun tak de pun orang bercakap mcm tu cuma entah lah. Pastu gambar photoshoot, memang la cantik dah make up *kalau cantik la kan* and pakai baju yang cantik-cantik ada kadang-kadang nampak bentuk badan then upload rasa macam serba salah tapi tu la iman ni tak kuat syaiton pulak menghasut haih insyaAllah akan diperbaiki juga. *ya Allah teruk sungguh, tapi buat jugak tsk tsk tsk

Okay next masalah akhlak, alhamdulilah saya ni tak lah bermasalah sangat, so far okay. Jadi saya harap saya akan kekalkan diri saya yang mana baik lah, and yang mana tak baik tu kena improve lagi, be better especially as khalifah Allah. Dalam hati ni kan, dah lama terdetik nak pakai tudung labuh haha, bukan lah pakai tudung macam ustazah tu, tapi macam orang arab. Kan diorang pakai shawl tutup dada and labuh kan pakaian pun longgar tapi stylo je. Cuma it's up to us. Kalau kita kuat then apa yang kita nak jadi, tapi kalau kita fikir eh apa orang pandang aku nanti, macam mana aku nak fit in dengan kawan-kawan aku nanti, eh nanti mesti orang ingat aku skema and dah jadi budak baik, boleh ke aku geng dengan diorang nanti? Kalau imannya kuat semua tu tolak tepi dah. Tapi saya tak, masih berusaha ke arah itu insyaAllah. Tapi alhamdulillah sekarang pun dah okay dah, pakai tudung, pakai baju long sleeve, kalau nk short sleeve or sleeveless pakai inner or cardigan. Cuma kadang kadang tu pakaiannya terketat, tak cukup kain hehe :p InsyaAllah insyaAllah be better okay. Tak semestinya nak tutup aurat tu kena pakai jubah kan? Kalau kita tutup semua and tak menjolok mata then that's fine.



Hah karangan terus entry hari ni! Hahaha :p So ni assignment hari ini, saya tak la cakap saya bagus or baik sanagt, tapi saya sedang cuba memperbaiki diri yang jahil ni. Yang baik tu datang dari Allah yang tidak itu dari saya. WaAllahhuallam. Peace! *gambar copy*

Sunday, November 3, 2013