Friday, August 22, 2008

KT 17th Birthday!


blueberry cake


kiah.Birthday Girl.liyana.kimah.syahida





Poom! Happy Birthdayy!

Happy Birthday KT!
Tempat: Pantai Batu Hitam
Sajian Utama: Cake! sudah tentu, dan KFC!

Saturday, August 16, 2008

Cup cake!


























Helmi Cup Cake!
Emm yummy!!!

Monday, August 11, 2008

Haji & Umrah

Semua orang tahu haji dan umrah ialah rukun islam yang kelima. Ianya wajib di tunaikan sekali seumur hidup. Kewajipan ini kepada orang islam yang berkemampuan.

Haji
Bermaksud mengunjungi tempat mulia dari segi syarak pulu ialah mengunjungi baitullah al-ahram di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu, pada masa tertentu dan syarat tertentu.

Umrah
Bermaksud ziarah. Dari segi istilah pula ialah menziarahi baitullah al-ahram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa m'gikut syarat.

Syarat wajib haji
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkuasa
5. Merdeka

Rukun haji & umrah
1. Niat
2. Wukuf di padang Arafah (umrah tiada wukuf)
3. Tawaf
4. Saie
5. Bercukur @ bergunting
6. Tertib

Terdapat 4 jenis tawaf iaitu
1. Tawaf selamat datang/tawaf qodum (salah eja kot)
2. Tawaf rukun/tawaf ifadah
3. Tawaf selamat tinggal
4.Tawaf sunat

Syarat tawaf
1. Menutup aurat.
2. Suci daripada hadas.
3.Dilakukan sebanyak 7 kali mengelilingi kaabah. Dimulakan di penjuru hajaratulaswad.
4. Menjadikan baitullah disebelah kiri ketika melakukan tawaf.
5. Perlu dilakukan di dalam masjidil haram. Tidak sah dilakukan di luar masjidil haram.

Saie
Bernaksud bejakan berulang-alik dari bukit Safa ke Maruah sebayank 7 kali. Ia dilakukan selepas tawaf.

Syarat-syaratnya
1. Hendaklah dimulai dari bukit Safa dan disudahi di Maruah.
2. Dilakukan sebanyak 7 kali dengan penuh yakin.
3. Dilakukan dengan berjalan biasa. Bukan dengan cara menungging kepala atau melintang.
4. Memulakan niat saie semasa si Safa.

Wajib Haji
1. Berniat ihram di Mikat.
2. Bermalam di mazdalafah. (tak pasti dimana.lupa).
3. Melontar jamarah Al-Akabah.
4. Bermalam di Mina.
5. Melontar ketiga-tiga jamarah.
6. Meninggalkan perkara2 ynag di larang semasa ihram.

Perkara yang dilarang ketika ihram
1. Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki.
2. Memakaii wangi-wangian.
3. Memotong kuku.
4. Memotong rambut.
5. Menutup muka dantapak tanagn bagi wanita.
6. Menutuk kepala bg lelaki.
7. Mememakai minyak rambut di kepala atau janggut.
8. Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram.
9. Bersetubuh.
10. Berburu binatang buruan darat.

Terdapat 3 jenis haji
1. Haji Ifrad-melakukan haji baru umrah
2. Haji Tamattuk-menyempurnakan umrah pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
3.Haji Qiran-mengerjakan haji dan umrah secara serentak

Jenis Dam
1. Tertib
2. Taqdil
3. Takdir
4. Takhyir

(Akan di update semula. Jika nak tambah apa-apa atau nak betulkan apa-apa silakan. terima kasih.)


Saturday, August 9, 2008

Here we come!


Kaabah (palsu. utk amali)


Sewaktu melontar.


Tawaf.


Tawaf.



Haa hari ni 9 June 2008 ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh aku dan budak-budak lain.. Ye laa nak dengar ceramah pasal haji dan terus buat amalinye skali.. heheh.. Rupa-rupanya rumit. Susah juga. Tapi bila buat amali tu seronok sangat!

Nak pergi haji!

Yeay esok nak pergi haji! haa jangan terkejut! Tak sabar-sabar dah ni.. Bawa telekung. 21 biji anak batu. hehe seronok! Tunggu dan lihat!

Tuesday, August 5, 2008

Icing on muffin!






Seronok corakkan icing atas muffin.. Tapi yang payahnye bila nak basuh semua pekakas yang telah di gunakan.. Kitaorang buat ni pun bersemperna dengan anniversary mama dan baba yang ke 18. Baba tak dapat balik jadi kitaorang call baba dan nyanyi lagu happy birthday, tp tuka laa lirik dia ke happy anniversary..heheh.. =)

Happy 18th Anniversary to Mama and Baba!!!

Saturday, August 2, 2008

Bila mama tiada di rumah..




Hari selasa baru-baru ni mama, baba, ajim dan adik balik KL.. Jadi tinggal lah kami berdua iaitu myself and amy (adikku). Si kakak ni malas nak masak lauk jadi dia membuat keputusan untuk membeli lauk di sekolah.. hmm sedap jugak.. Jadi semasa ketiadaan mama kami boleh hidup berdikari. Siap buat pencuci mulut lagi (Cream Caramel). Pada waktu malam, kami berani sebab kami tidur berdua je.. tidak ditemani sesiapa.. (hari pertama tu takut jugak tapi buat-buat berani..) Jadi.. Sebenarnya seronok juga bila duduk berdua, rasa cam rumah sendiri plak.. Ala cam cerita apa tu? haa home alone! Best.. Dalam best-best tu rindu tu tetap ada walaupun ditinggal selama beberapa hari.. hihih..(sorry ayat tunggang langgang)
sekian terima kasih..=)

Ezdwarie & Rosliza Wedding

26 July 2008- Bukut sekilau (rumah pengantin perempuan)






26 July 2008- De Rhu Beach Resort (Majlis perkahwinan belah pengantin lelaki)





Kedua-dua pengantin kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana daripada Radzuan Radziwill. Majlis perkahwinan diadakan pada hari yang sama iaitu pada siang hari pihak lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada malamnya pula pengantin perempuan dan lelaki di bawa pulang ke rumah pengantin lelaki.

Friday, August 1, 2008

Setiap yang hidup pasti akan pergi jua..

Hidup ni sekejap je. Sedih bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Terutama kedua ibu bapa.. Setiap kali berjauhan dengan mama pasti aku berasa sedih. Ya lah ajal maut di tangan Tuhan. Macam hari tu rasa sedih sangat.. Mama balik KL jap nak melawat kakaknye yang sakit (tapi sudah kembali ke rahmatullah) pastu tanya bila nak balik Kuantan semula, mama cakap esok pastu bila nak cakap kat mama suruh bawak kereta elok-elok tu tiba-tiba je rasa sebak. Takut la terlibat dengan kemalangan jaaln raya (nauzubillahminzalik). Pastu terus nangis..
Siapa nak kehilangan ibu, ayah atau sesiapa yang kita sayang.. Jadi sayang dan hormatilah kedua ibu bapa, keluarga, kawan-kawan atau sesiapa shj yang kita sayang.. (Peringatan ini untuk diri saya sendiri juga.)

Friday-1 August 2008

Datang sekolah pagi-pagi terus pergi lab. Nak siapkan assessment yang perlu dihantar segera ke jabatan pendidikan. Kiteorang pun mmg rush gila ar nak siapkan assessment tu. Last-last alhamdulillah siap jugak separuh. Dapat la 26/30 markah.