Monday, January 31, 2011

Ruby's Wedding!!!

















Ni namanya malas dan jimat! haha Oh cerita pasal kawen! Alhamdulillah kawan saya dan kakanya sudah pun selamat di ijab kabul dan bersanding! Makanan dia sedap weh! and dorang punya pelamin! Walah modern habis! lawan. Temanya warna "MERAH" nak raya cina kan! ada ONG meh! hehe Seronok ye lah kawan kita kawen kan! Mana tak excitednya! oh kat sana lah baru dapat jumpa semua, dah macam reunion pun ada! So lepas ni reunion kat mana pulak? haha jgn lupa jemput saya! Ok selama penganti baru kepada ruby dan kakaknya! Moga bahagia hinga ke anak cucu cicit dan seterusnya! Amin, dapat baby jgn lupa bg tau!! Yeay! :D















Sambung cuti! HAHA




Ya Allah..


sederet dgn segamat corner tu secret recipe!! haha


Kalau terus, menuju ke kampus.


Sungai!

Ya Allah, first time! time nak balik tu tgk air dah penuh sungai dah, bila sampai rumah 1 hari 2 macam ni dah. Tak dapat tgk real lagi tapi fuhh macam tak percaya! Harap semua org segamat jaga diri baik2. Ijat, Yuhanis dan semua lah hati hati! *gambar copy dari syed faisal di fb*

Best dia main!

Sunday, January 30, 2011

Homee!!!

Cuti start sabtu,khamis dah blah. Haha sorry lah miss Mariam skip kelas. Kelas law pukul 8am tu dah ganti hari isnin tu yang balik awal hee.

Saturday, January 22, 2011

Just...

Girls day out. ;)









Raya thaipusan kat segamat je. -.- Haha we went to secret recipe. Just for fun, bosan tahu duduk kat kampus je. Nak pg jauh-jauh memang tak lah. So pergi secret recipe, gelak macam kedai tu bapak kitaorg punya. Dah la waiter dorang muda-muda. Gedik tak ? hahah Seronok juga lah keluar. Tapi bukan kita org je yg gedik okayy, waiter tu pun gedik! Ngeh ngeh, Nak order pastu kitaorg macam teragak2, then dia pun datang, blah balik and hantar menu. Pastu dia cakap lain kalu jangan malu malu. HAHAHA kau mmg mengada kan! Pastu kita org makan ko tgk2 nak makan pun susah, dah la duduk kat pintu dekan ngan kita org. heh. Gambar tak transfer lagi dari camera burn, so ni ada yg guna phone je. :D (Err.. guys! Jom pegi lagi!! Hahah gedik lah kau Liyana! :B )

Wednesday, January 19, 2011

Gotong royong dah macam time orentasi

















During the gotong-royong last sunday :) Ada poco-poco and chicken dance.

Saturday, January 15, 2011

Lalala



tak ada kerja. mengasah bakat. dah jgn banyak tanya, senyap sudah.

Friday, January 14, 2011

Today is Friday



Hari ni masuk kelas Law lecturer doakan untuk arwah, sayu je dengar. Lepas tu lecturer suruh ashraf ceritakan macam mana sebenarnya yg berlaku. Ashraf pun cerita lah. Memang rasa sedih lah dengar.. Cerita ni lagi lah real kan bila dia cerita. Sebab dia ada kat situ. Ok lah kita cerita lain pula. Oh semalam alhamdulillah lepas juga nak sedekah yassin untuk arwah farhan dan arwah tok ayah, opah, dan atok.

Ahad ni ada gotong royong. -.- Siap ada aerobik lagi. Semangat betul uitm ni. Tak pe lah janji dapat kolej. :P

Wednesday, January 12, 2011

Metro

MELAKA: “Perjalanan esok agak jauh, malasnya nak balik Segamat!”, adalah status dalam Facebook pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor, kelmarin, sebelum dia maut akibat nahas jalan raya di Lebuh Raya Ayer Keroh berhampiran persimpangan lampu isyarat Gapam, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila motosikal ditunggang Muhammad Farhan Abdul Rahim, 20, dipercayai bergesel dengan motosikal dinaiki rakannya menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke jalan raya.


Lebih memilukan mangsa juga kempunan menikmati makan tengah hari nasi bekal bersama lauk ayam masak kicap yang dibawa dari rumah neneknya di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, yang turut bertaburan di atas jalan raya.

Difahamkan, mangsa menunggang motosikal sendirian untuk ke rumah rakannya, Muhamad Asyraf Posari, 19, di Kampung Bukit Durian, Umbai, Merlimau, dekat sini untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke kampus.


Mohd Asyraf berkata, sebelum kejadian, arwah menghubunginya kira-kira jam 10 pagi memaklumkan dia berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh dan memintanya menunggu di sebuah stesen minyak di Ayer Keroh.


“Sebaik sampai untuk menjemputnya, arwah bertanya kenapa saya lewat sebelum kami bertolak ke Umbai, namun ketika menuruni kawasan berbukit menghampiri ke persimpangan lampu isyarat berkenaan, tiba-tiba motosikalnya bergesel dengan motosikal saya lalu terbabas.

“Saya dapat mengawal motosikal, tetapi motosikal arwah bergesel dengan sebuah Perodua Kancil di depan menyebabkan motosikalnya berpusing lalu dia terjatuh,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini.


Mohd Asyraf berpatah balik dan melihat darah banyak keluar dari kepala rakannya itu.

Dia cuba mengangkat Muhammad Farhan yang ketika itu masih bernyawa dan menggigil, namun dilarang orang ramai yang bimbangkan kecederaannya bertambah parah.


Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian rakannya itu menghembuskan nafas terakhir.


“Kami berjanji pulang ke (UiTM) Segamat selepas solat Zohor dan kejadian ini amat menyedihkan. Muhammad Farhan rakan yang baik dan kami memang rapat kerana pernah tinggal bersama selama setahun,” katanya.


Ibu mangsa, Aina Kassim, 49, berkata, dia dan suaminya, Abd Rahim Wahab, 58, reda dengan kejadian itu walaupun amat sedih.


Katanya, suaminya mengetahui kejadian malang itu selepas dihubungi polis dan datang mengambilnya di tempat kerja.


“Saya amat terkejut. Baru malam tadi (kelmarin), kami sekeluarga makan bersama dan ketika itu Muhammad Farhan kelihatan gembira sambil menonton filem Seniman Bujang Lapok di televisyen.


“Itulah kali terakhir saya melihatnya sebelum keluar bekerja kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam),” katanya sebak ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini.


Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila motosikal dinaiki mangsa yang berada di belakang bergesel dengan motosikal ditunggang rakannya.


Menurutnya, berikutan itu mangsa terjatuh menyebabkan berlaku hentakan kuat pada kepala manakala rakannya hanya cedera di kaki.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menyiasat kemalangan itu.

source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taksempatjamahbekal/Article/index_html

Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Rasa sedih, terkilan semua ada.. Yang mampu hanya sedekah Al-Fatiha dan berdoa untuknya..


11.1.11

Rasanya baru saja berjumpa dengan dia, tengok dia buat presentation, gelak tawa bersama kawan-kawan dia. Tapii hari ni dapat berita dia telah kembali kerahmatullah.. Hati nni nak je pergi rumah dia, tapi dia dah selamat di kembumikan semalam. Ya Allah memang terkejut lah dengar, Last sem kami satu kelas, dia baik dan ok lah. Cuma last sem kami ada ajak untuk ambil gambar kelas tapi dia tak mahu.. Jadi sem ni pun kami satu kelas lagi..

Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya, kalau tak silap dia di Melaka nak balik Segamat menaiki motor. Ada orang cerita arwah berat hati nak meninggalkan ibunya. Motor yang dinaikinya masih baru dan arwah memaiaki pakaian serba baru. Kecederaan tidak lah banyak (mengikut sumber yg didengari) tapi pendarahan dalam membuat kan arwah tidak dapat bertahan. Mungkin Allah lebih sayangkan dia.. Seriusly memang terkilan sangat sangat, sedih pun ada. Dah la semalam baru baca blog dia.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.. Al-Fatihah.. Ya Allah kau ampuni lah dosa ku terhadapnya sama ada sengaja atau pun tidak.. Kami semua akan rindukan kamu.. Kepada keluarga arwah harap bersabar.. semua yang hidup akan pergi buat selamanya.. termasuk lah saya. maaf dipinta.

Tuesday, January 11, 2011

Sparkle

you make me sick in a lot of ways
make me smile always
im just really into
having this chase
kept my eyes open everytime
falling for you is a crime
we let sparks go off
this time

chorus:
oh oh
ive been here before
not long ago
with someone just as beautiful
just as doubtful
i sure dont mind
having you
this time

i see it in the steps you take
i hear it in the sounds you make
im just really into
having a taste
remind me how we got this far
remind me how we fell apart
oh i cant give you
that space in my heart

chorus

and then we fall asleep.

im the one
whos always in the way
but you got me
hoping for more more more
im here to stay
as though i am always there
as though i had never left

oh oh
ive been here before
not long ago
with someone just as beautiful
just as doubtful
i sure dont mind
spendin time
ive been here before
not long ago
with someone just as beautiful
just as doubtful
i sure dont mind
i sure dont mind
i sure dont mind
getting hurt again

Saturday, January 8, 2011

My prince of Caspian







Ewah! Haha dia handsome weh! Tajuk kasi gempak. Seriusly, Ben Barnes is my new bf. Eh perasan. haha Oh i'm home! yeah!

Friday, January 7, 2011

Jumaat







First week pun ramai balik. Termasuk lah saya heee :D

Monday, January 3, 2011

Segamat mat mat


First day pakai tudung pink, semua tego heh


dlm photo :dari kiri, Dayah, Dayana, Hana, Yuhanis,dpn pakai spek Teha and maria tak nampak muka hee


Pemain bola kita, Aqif and pemain ragbi kita, Yb. Sekian


Suasana dalam LT1, perempuan penuh lah, laki separuh.

First day class pukul 2. Dekat LT1 (mass lecture) Penuh ni, semua datang dengan semangat baru, segak bergaya, cantik bak purnama. Ewah ayat tak leh blah. Hehe masing masin gdatang dengan senyuman, berjabat tangan, cium pipi muah muah, gossip semua. Seronok. Tapii tunggu punya tunggu.. Lecturer tak datang-datang. Kami pun beransur lah pulang. Esok pagi pagi pukul lapan dah kena daki BK so-called blok kayangan. ngeh ngeh :P Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Ok bye bye. Boleh update sbb wifi. Kalau tak harapan. Ni pun lambat. Goood night! :D

Gambar yg sempat dipetik hari pertama bersekolah!

and happy birthday to my cousins, Abg Ikram and Atira!!! May Allah bless you always! ;)

Sunday, January 2, 2011

2 Jan 2011

Hmm Good morning everyone! Hari ni last day saya di rumah :( Sat lagi nak naik flight dah to Segamat. Esok dah start kelas. Memang syok ah! -.- Kalai ni beg baju macam banyak. Perasaan je kot. Ok lah jgn nakal2 esok start skolah! Selamat kembali ke sekolah! Saya ada 3 org askar masih bersekolah. Adik lah! Korang jangan main banyak sangat! Pergi skolah belajar rajin2. hee Ajim nak SPM, Amy nak PMR. Haa memang fun lah! Wish you all the best! Korang boleh nya!kacang je tu. Eceh dah lepas boleh ar ckp besa hahha Love you! Muah muah!

Saturday, January 1, 2011

Wish List and New Year's resolution

Wish lists.
1) Dapat belajar, pergi kelas surfing!!!
2) Beli surfboard sendiri!
3) Paling kurang nak jugak DL dalam setahun setengah ni.
4) Lesen Kenderaan hehe
5) Lesen diving, wow tu mahal duit kena simpan lagi. :P
6) Boyfriend baru. Eh salah salah, handphone baru. Haa silap pulak. al maklumlah dah pukul 2 pagi.
7) Umrah :) InsyaAllah
8) Penang! haha Travel memana je lah
9) Tu je kot.. nanti tambah lagi ya ;)

New Year's resolution.
1) Naik kan pointer, target DL!
2) Sembahyang 5 waktu!
3) Kuruskan badan anda wahai Liyana! makan je kerja! -.-
4) English kasi power sikit!
5) Jangan cakap banyak! ashik bercakap je kerja ko! hehe eh tu azam eh? apa2 lah.
6) Matang sikit!
7) ok done, nanti update lagi.

So what's yours? Ok Happy New Year everyone!!! May this 2011 brings you joy and happiness! Muah! Okay ni video gedik! haha byee. 2011 please me gooood to me! ;))

Small celebration ;)




Birthday Girl!


Happy birthday Lina!




Helmi join us!






Kawan dari sekolah rendah okaay ;)

Small celebration, sorry muffin tu kena masuk peti, kalau tak semut. hehe Last jumpa, esok dah nak balik Jengka -.- Me lusa :( Patutnya keluar lepak pantai and sambut kat sana dengan katty, kiah and teha tapiiiii. Hujan rahmat berterusan, Leapk rumah je lah hee. Thank you amy tolong buat muffin! Sayang lebih! ;)