Rasanya baru saja berjumpa dengan dia, tengok dia buat presentation, gelak tawa bersama kawan-kawan dia. Tapii hari ni dapat berita dia telah kembali kerahmatullah.. Hati nni nak je pergi rumah dia, tapi dia dah selamat di kembumikan semalam. Ya Allah memang terkejut lah dengar, Last sem kami satu kelas, dia baik dan ok lah. Cuma last sem kami ada ajak untuk ambil gambar kelas tapi dia tak mahu.. Jadi sem ni pun kami satu kelas lagi..
Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya, kalau tak silap dia di Melaka nak balik Segamat menaiki motor. Ada orang cerita arwah berat hati nak meninggalkan ibunya. Motor yang dinaikinya masih baru dan arwah memaiaki pakaian serba baru. Kecederaan tidak lah banyak (mengikut sumber yg didengari) tapi pendarahan dalam membuat kan arwah tidak dapat bertahan. Mungkin Allah lebih sayangkan dia.. Seriusly memang terkilan sangat sangat, sedih pun ada. Dah la semalam baru baca blog dia.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.. Al-Fatihah.. Ya Allah kau ampuni lah dosa ku terhadapnya sama ada sengaja atau pun tidak.. Kami semua akan rindukan kamu.. Kepada keluarga arwah harap bersabar.. semua yang hidup akan pergi buat selamanya.. termasuk lah saya. maaf dipinta.
No comments:
Post a Comment