Sekarang dah dekat kampus jadi nak update cerita pasal raya pun dah tak ingat plus gambar pun banyak dekat rumah. So nanti nanti je lah update. This sunday ada PERKAD, PERKAD ni aktiviti Ko kat uitm ni. Ynag jalan lasak hari tu. Lepas tangguh tangguh jadi tiba lah harinya.
Ni gambar first raya.
Till then, bye :)
Wednesday, September 30, 2009
Friday, September 18, 2009
Mercun vs bunga api
Waa dapat jugak main mercun ngan bunga api, esok nak balik kl. Selamat pulang semua.
Berhati-hati dijalan raya, pandu cermat jiwa selamat.
Oh semalam mimpi. Memang sweet dream lah. Mimpi in relationship with kawan maria. Haha tak kan nak sebut nama kot. kantoi la. Tapi yang bestnya bangun tidur tu rasa betul-betul terjadi. Seronok!, tapi fikir balik tu just mimpi je la! Cubit cubit pipi*. Terus masam muka.
Kalau lah betul kan bagus. Tapi orang cakap mimpi boleh jadi kenyataan kan. Haa mana la tau, amin. Hhehe :) Paginya terus text maria, then maria suruh mesej kawan dia tu. Heh tak kan la nak mesej lagi pun nak cakap apa. Tapi hati memang dah berbunga bunga. Dah la, sakit hati pula bilik fikir balik. Bukan betul pun. Mimpi je. Bye nak kemas kemas baju! Sebelum terlambat yana ucap kan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN." :)
I'm Home!!!
Alhamdulillah akhirnya sampai juga rumah. Wah Semalam sampai je kuantan, sesak gila. Dah macam kat kl. This year raya kl. Bila semua orang tanya raya mana semua pelik. Hahha ye la orang balik kampung, kita pun balik kampung gak cuma kl je. Orang lain mesti cakap tu bukan balik kampung, tu balik bandar. Hehe. Cuti seminggu je assignment bertambun. Tiket balik segamat tak beli lagi. Hmm. Dah la waktu nak balik kuantan, tiket sepatutnya pukul 6.30ptg. Pukul 7.30 baru bertolak. Lama gila tunggu. Bas pulak seat asyik nak kebelakang je bila sandar. Bila tukar tempat duduk air air-cond pulak menitik-nitik. Masalah betul. Satu lagi hal, baju raya hantar untuk jahit 2 helai. Tapi siapnya satu je. Kesian betul tahun ni. So baju raya satu helai je la. Sedih sedih. Tapi tak pe raya pun, macam tak raya je.
Thanks baba bawak pi makan, waa dapat jugak makan kuaeteaw hongkong (sorry salah eja). :P
Thanks baba bawak pi makan, waa dapat jugak makan kuaeteaw hongkong (sorry salah eja). :P
Thursday, September 17, 2009
After class
Lepas kelas terus pergi amik gambar. Ye la ni last kelas sebelum raya. Sedih, sebak gembira semua ada. Lepas amik gambar lepak-lepak kat uptown (tempat makan) ngan budak budak kelas. Minum minum makan kacang. Tapi hari ni, dah ramai yang balik. Esok lagi lah. Dah la tiket 6.30 ptg. Paling lewat kot. Hmm tapi tak pe la asalkan balik dan selamat sampai. Insyallah. Hari ni maria orang first balik. Esok feeqa, then ecah kot. pastu baru lah yana and ain, and the last one is kecik aka teha. Kesian dia patutnya di abalik ngan bella. Tapi dah ada orang tumpang dia pulak jadi teha terpaksa la ikut tiket bas yang dia dah beli which is on friday. Ok lah nidah tak sabar sabar nak balik dah ni. Tak sabar nak tunggu esok. Oh one more thing, ingatkan si secret admire tu dah balik dulu. Tapi belum lagi, petang tadi nampak dia kat bazar. Kalau naik bas sama lagi esok mmg rezeki lah. Tapi tak mungkin sure dia punya tiket awal. Ok lah nak layan movie jap. Esok puasa lagi! Belom raya. Ingat! Till then bye! :)
Buka puasa
Keluar ke segamat, tapi tak tau nak beli apa, sebab tak de pape pn. Setakat tudung tu ada la. Tapi baju yang biasanya kita beli dan pakai tak banyak sangat yang berkenan. Jadi kitaorang berbuka puasa kat pizza hutt sebab dah lama kempunan nak makan pizza. alhamdulillah dapat la jugak makan. Then bila kat pizza ingatkan dapat la jumpa secret admire, haha tapi jumpa clone secret admire. hmm oh yana pun jumpa sorang budak ni. Muka dia cam john mayer. waa dia comel sangat! hehhee:)
Friday, September 11, 2009
Tak sabar nak balik!
Wah memang dah tak sabar sangat nak balik. Tapi baju raya belum beli lagi. Bila pulak nak beli, tah dan ke tidak. Yang penting tiket balik kuantan dah beli. Cuma tiket nak balik segamat belum beli lagi. hahha This sunday ingat nak ke melaka. Tapi macam penat pulak sebab kena balik hari. So tak jadi lah ke sana. Tah apa ada tah kat Segamat ni. Nak shopping raya pun, tak tau nak shopping apa.
Yang ada pun giant, billion, upwell, nirwana. Hmm paham paham je la eh. Semalam baru je test math, waa memang senang, hahah mama ckap tak boleh cakap susah nanti jadi susah. hehe sekarang ni rindu sangat sangat kat mama, baba, adik-adik and kawan2. Oh tahun ni raya KL. Tahun depan baru raya kelantan. Ok lah jangan lupa niat puasa! Bye. :)
Saturday, September 5, 2009
Today is Good Day
Hari ni macam biasa. Rehatkan diri setelah 2 hari ada test. Semalam birthday mama "HAPPY BIRTHDAY MAMA!!!" first time tak celebrate birthday ngan mama. Sedih. hahah pagi tadi tiba-tiba adik call dia tanya kat mana? then tak balik ke? Cakap lah tak kan, pastu dia suruh balik sebab dia bosan. ala so sweet. Rindu la tu. Pagi-pagi lagi kak sheera (roomate) pasang lagu raya. Best dengar lagu raya rasa cam relax sgt. Pastu waa ni lagi excited, dah jumpa myspace my secret admire! Bahagianya dunia. hahah rupa rupanya dia ni tak lah skema dan selekeh sangat. Ok la tapi kat friends dia semua "gurlzz" haha bukan girls. Paham paham lah kan. Tak lama lagi nak raya! Tak sabar rasanya. ok lah nak online myspace pulak. doakan untuk saya ye. Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)