Tips: Kalau sesat, nak tanya jalan ataupun apa-apa lah yang anda tak tahu jangan segan silu bertanya, diorang ni ramah. Tapi ada tu kalau ramah, ramah sangat pulak haha. Ingat "malu bertanya sesat jalan" :)
Bajet kitaorang dalam RM250+- itu include flight ticket (return) kitaorang naik Malindo Air (sepatutnya backpacker naik bas or train tapi sebab nak jimat masa since kitaorg pergi 3H2M and harga pun sama so we chose kapal terbang. Makan, so far kitaorang dapat rasa semua makanan Penang yang famous tu. Seperti yang kita tahu macam Laksa Penang, Pasembur, Char Kuew Teow, Nasi Kandar and Jeruk. Nasik Kandar kitaorang rasa 2 kedai famous, Nasi Kandar Line Clear and Beratur. Dua-dua pun sedap tapi saya lagi suka Nasi Kandar Line Clear, mmppphhh sedap sehingga menjilat jari haha. My friends Sophie and Mira ada la beli souvenir so tu include dalam bajet tadi. Diaorang beli t-shirt and kipas tak salah. Since saya dah pernah pergi a few time so tak rasa nak beli apa-apa pun. Fridge magnet pun dah ada jadi beli jeruk Pak Li je lah.
Tempat-tempat yang kitaorang pegi agak banyak and tu semua tourist attraction. So far I kitaorang had fun even ada tempat yang saya rasa tak payah pegi pun tak pe, tapi dah nk stick to the plan/itinerary so ikut je lah hee. Mostly semua tempat nak basuk kena bayar, tapi tak lah mahal sangat pun. Paling mahal RM20, War museum yang lain below that.
No comments:
Post a Comment