Monday, October 28, 2013

Random

Hmm kalau dulu siapa ada baca post pasal crush kat uitm ni yg cheq duk suka tu, ha ni cheq nk habaq mai. Dia dah tunang!!! Adoii terkejut gilaa tgk gambar dia tunang, tak sangka! Tapi tak pe lah, tahniah dan semoga bahagia. Semester ni makin kerap pulak budak2 ni cakap pasal kawen. Ye la next sem dah nk praktikal then habis, pastu plan diorang kerja and kawen lah.

November ni kawan sekolah Seremban nak kawen. Wahh! Pastu tadi tengah makan, Tira cakap pasal nk tunang next year. What??!!! Seriously? I don't even have a partner wei haha lek lu! :p Dalam kelas pun lecturer asyik cakap pasal kawen. Agak stress la haha. Ada orang cakap elok cari pasangan sekarang, bukan apa nanti dah kerja susah. Mostly org dah ada girlfriend or dah nk tunang and kawen. Masa yang sesuai ialah sekarang, katanya. Tapi ingat senang ke, sekarang pun semua orang dah ada pasangan masing-masing hadoi. Kalau lah petik jari dapat kan senang.Macam tak sempat je nk cari sekarang, ada less than a year je lagi, pastu habis. Haa time tu la gelabah nak cari pasangan. Bila kat universiti manusia ramai tak usaha lebih. Bukan tak usaha, dah usaha cuma belum ada rezeki/jodoh lagi.

Rasanya semua orang punya flow sama je, lepas habis degree, kerja then tunang. Majority macam tu. Baik my crush, my senior, my friend, my cousin and lain-lain. Tapi ada je yang belum ketemu lagi pasangan. Kalau boleh nak follow time frame yang dah di set la kan. 25, 26 dah tunang or kawen. Orang cakap masa umur tu la cantik kawen, kalau kawen lambat nanti tak sempat nak main bola dengan anak hahaha. InsyaAllah ada tu Allah simpan yang terbaik untuk saya, amin. 25 or 26?? 3 tahun je lagi tu, tak lama dah. Cepatnya masaa!

Ya Allah kurniakan aku jodoh yang baik dan sempurna, amin. :)

*Haa ni bukan assignment eh, ni celoteh kosong, since blog ni dah share dgn subject e-commerce so campur-campur lah. Buat-buat tak nampak je la post ni ye.

No comments: