Friday, February 1, 2013

Cinta dalam hati

Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Aku sembunyikan gulana-gundah.

Kau cakap kau tak lupa aku.
Tapi kenapa sampai sekarang kau tak tanya khabar aku?
Aku tahu kau bahagia.
Aku tahu kau gembira.
Aku tahu kau sayang dia.
Tapi paling tidak tanya lah khabar aku?
Kau hubungi aku bertanyakan sesuatu yang berkaitan dengan dia.
Lepas tu kau beredar begitu sahaja.
Tidak sikit pun kau tanyakan tentang aku.

Dulu kau pernah ceritakan pada aku,
Kau suruh aku doakan supaya kau dapat membelinya.
Tapi sekarang bila kau dapat, aku kau lupakan.
Tidak pula kau memperlawa untuk mencubanya.
Tidak pula kau ceritakan tentangnya.

Aku tahu kau bahagia.
Aku tahu kau gembira.
Aku cuma mahu kau tahu yang.
Aku sukakan kau.
Tapi mungkin takdirku hanya,
Mengagumi tanpa di cintai.

Bila aku pergi,
Jangan lupakan aku nanti.


*agak poyo la*

No comments: