Hujan lebat, lebat gila. Sedang kami berjalan-jalan tiba tiba terdengar bunyi berdebuk! Ingat kan apa lah rupa rupanya ada budak jatuh dekat tangga UNIMART (kawasan bahaya). Badan dia besar besar sikit, dia turun tangga time tu hujan kan, agaknya licin lalu dia jatuh. sakit oo. Tergelincir kot. Pastu basahlah dia dalam hujan. Kami pun pergi lah membantu. Payung ada dua je. Dia tak boleh nak gerak dan bangun. Sakit belakang. Yg jatuh tu kitaorg tak kenal pun, tapi kami ni baik hati chewah! hee teman lah dia ke Penawar.
Pastu ada lah kereta. yg bawak lelaki. Time tu hujan lebat lah. Pastu dia nak pg photostat kot pastu dia pun turun lalu bertanya.
Lelaki: Kenapa ni jatuh ke?
Salah seorang dari kami: A'ah dia jatuh.
Lelaki: Nak pergi Penawar? (pusat rawatan kat kampus)
Salah seorang dari kami: A'ah.
Lelaki: "Dia pun buka pintu kereta"
Lalu dia pun hantar kami ke Penawar. Baik betul. Pastu hujan masih lebat. Dah sampai Penawar, dia turun kereta tanpa payung, pg bonet kereta nak amik payung bagi kat kitaorg. Pastu dia masuk Penawar pula ambil kerusi roda pula, tanpa payung ok! hehe
Pastu dia mintak tolong maria (kawan) tolong angkat budak tu. Dia pun tolak masuk dalam. Then dia tanya ada apa-apa lagi ke? Mungkin dia ada kelas kot. So dia pun beredar.
Balik je bilik, apa lagi bergossip lah, laki tu handsome lah baik lah apa lah. haha untung kau laki, kena puji. Harap-harap ikhlas lah membantu kami ya.
Pastu lepas kejadian mencari-cari lah abg tu. ;) Tup tup tadi jumpa! hehe mengedik kejap! haha Tapi dia tak cam kitaorg kot. haha. Ok the end.
No comments:
Post a Comment