Monday, August 11, 2008

Haji & Umrah

Semua orang tahu haji dan umrah ialah rukun islam yang kelima. Ianya wajib di tunaikan sekali seumur hidup. Kewajipan ini kepada orang islam yang berkemampuan.

Haji
Bermaksud mengunjungi tempat mulia dari segi syarak pulu ialah mengunjungi baitullah al-ahram di Mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu, pada masa tertentu dan syarat tertentu.

Umrah
Bermaksud ziarah. Dari segi istilah pula ialah menziarahi baitullah al-ahram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa m'gikut syarat.

Syarat wajib haji
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkuasa
5. Merdeka

Rukun haji & umrah
1. Niat
2. Wukuf di padang Arafah (umrah tiada wukuf)
3. Tawaf
4. Saie
5. Bercukur @ bergunting
6. Tertib

Terdapat 4 jenis tawaf iaitu
1. Tawaf selamat datang/tawaf qodum (salah eja kot)
2. Tawaf rukun/tawaf ifadah
3. Tawaf selamat tinggal
4.Tawaf sunat

Syarat tawaf
1. Menutup aurat.
2. Suci daripada hadas.
3.Dilakukan sebanyak 7 kali mengelilingi kaabah. Dimulakan di penjuru hajaratulaswad.
4. Menjadikan baitullah disebelah kiri ketika melakukan tawaf.
5. Perlu dilakukan di dalam masjidil haram. Tidak sah dilakukan di luar masjidil haram.

Saie
Bernaksud bejakan berulang-alik dari bukit Safa ke Maruah sebayank 7 kali. Ia dilakukan selepas tawaf.

Syarat-syaratnya
1. Hendaklah dimulai dari bukit Safa dan disudahi di Maruah.
2. Dilakukan sebanyak 7 kali dengan penuh yakin.
3. Dilakukan dengan berjalan biasa. Bukan dengan cara menungging kepala atau melintang.
4. Memulakan niat saie semasa si Safa.

Wajib Haji
1. Berniat ihram di Mikat.
2. Bermalam di mazdalafah. (tak pasti dimana.lupa).
3. Melontar jamarah Al-Akabah.
4. Bermalam di Mina.
5. Melontar ketiga-tiga jamarah.
6. Meninggalkan perkara2 ynag di larang semasa ihram.

Perkara yang dilarang ketika ihram
1. Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki.
2. Memakaii wangi-wangian.
3. Memotong kuku.
4. Memotong rambut.
5. Menutup muka dantapak tanagn bagi wanita.
6. Menutuk kepala bg lelaki.
7. Mememakai minyak rambut di kepala atau janggut.
8. Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram.
9. Bersetubuh.
10. Berburu binatang buruan darat.

Terdapat 3 jenis haji
1. Haji Ifrad-melakukan haji baru umrah
2. Haji Tamattuk-menyempurnakan umrah pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
3.Haji Qiran-mengerjakan haji dan umrah secara serentak

Jenis Dam
1. Tertib
2. Taqdil
3. Takdir
4. Takhyir

(Akan di update semula. Jika nak tambah apa-apa atau nak betulkan apa-apa silakan. terima kasih.)


1 comment:

Anonymous said...

bagos!update sambil reviewing..