Selang sehari balik dari kuantan dapat panggilan dari baba. Baba cakap tokwan tenat, dah tak boleh baca dah nadi, doktor tu pun cakap dah boleh telefon keluarga untuk balik. Beberapa minit kemudian baba call lagi ckp tokwan dah tak ada. Kitaorg terus siap siap balik. Tepat jam 6.20 ptg tokwan menghembuskan nafas yang terakhir.
Bila sampai rumah tokwan je, rasa sedih tu ada. Tapi tak rasa nak menangis pun, mungkin dah redha dan dah boleh terima kot, sbb dah jaga tokwan dari duduk rumah, masuk hospital, keluar hospital, masuk balik dan hingga akhir hayat. Tapi bila start nak kapan tu baru lah nak start nangis. Haa time tu dah tak boleh tahan. Tambah-tambah bila ingat time jaga tokwan. Ya Allah sedih sangat rasa.Alhamdulillah juga rasa puas sebab dapat jaga tokwan dan banyak benda yang dapat belaja. Ye lah dah macam paktikal nurse pun ye juga. Dari suapkan makanan dan air, jaga tokwan, tukar pampes, lap badan, sapu bedak, basuh rambut/kepala, tukar baju, picit/angkat kaki, ambil darah untuk baca kencing manis, ambil blood pressure, tadah muntah, suap ubat, sapu ubat, semua lah. Alhamdulillah suka sangat dapat tolong, at least dah ada preparation untuk iba bapa kita sendiri :) I love you tokwan always love you. Masa arwah enda and cik alim tak dapat pegi sebab time tu sekolah dan ada kelas. Time arwah opah pun, waktu tu kecil lagi nangis pun sbb ye lah nenek dah tak ada kan. Arwah atok pulak tak sempat, sampai sampai dah kebumi. Mungkin yang ini lah yg Allah tinggal kan untuk aku sebagai cucu. Alhamdulillah.
4 hari kat kelantan, tahlil hari ketiga dah balik kuantan since dah nak start sekolah dan mama nak kerja. Hari jumaat ni hari ketujuh tahlil. So esok balik dengan baba kelantan tolong tolong.
Al-Fatihah, Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapa ku, tokwan dan tok ayah ku, Opah dan atok ku, diri ku, adik-adik ku, keluarga ku, sanak saudara ku, rakan-rakan ku, dan semua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Tempat kan lah kami dikalangan orang orang yg beriman. Amin. InysaAllah.
No comments:
Post a Comment