Ya Allah nasib baik Allah tu maha besar, maha mengetahui, maha pemurah lagi maha penyayang. Ceritany bergini.
Pukul 8.00 dah siap untuk ke dewan sri temenggong, nak jawap last paper MGT (business comunication). Dah sampai sana, dah masuk dewan tulis lah slip kedatangaan. Pastu nak bukak slip exam dan kad matrik. Kad matrik saya selalu letak dalam case kad tu. Pastu sekali nak pusing kad matrik menghala saya tgk kad tak de. Tak ke cuak!!! Ya Allah rasa nak jerit je satu dewan. Pehh. Kalau nak exam kena bawa dua bendan iaitu slip exam dan kad matrik. Pastu apa lagi, terus pg kat pengawas tanya kalau tak bawak kad matrik tak apa tak tapi bawa slip. Pastu dia pun cakap bawa ic tak? Mana lah saya bawa time tu, Then saya pun kenalah balik bilik yg jauh tu.. nasib baik intan kalau sempana alam buana tak ke mampuih.
Time tu mmg rasa tak boleh ambil exam ni. Pastu kelaur dewan ada pengawas dan pak guard tanya kenpa, sy ckp lah kad matrik tertinggal, Tanya dia kalau tak ingat kad letak kat mana boleh guna ic tak? dia pun ckap tak boleh-tak boleh, awk kena pg unit keselamat dan pg hal ehwal pelajar. Pehh mcm banyak plak masa aku kan. cuak gila ah.
Pastu sy pun ckp ok ok dan terus jalan laju turun tangga, ada lah Encik Zul lalu. Dia coach Ping Pong last sem. Kitaorg mmg baik lah dengan dia. Dia lalu naik motor, dan nampak saya turun dgn laju dan resah. haha dia tanya lah kenapa?
Me: Encik Zul kad matrik saya tertinggal, saya bawak case dia je... bla bla bla..
E.Zul: Lah, awak reti bawak motor tak?
Me: Reti tak pe lah saya jalan kaki je lah (sebenarnya mmg nk bawak tapi sbb pakai baju kurung kang terselak kain aku)
E.Zul: Nah awk bawa lah moto saya.
Me: alah tak pe lah cik Zul. (sambil berjalan)
Pastu saya pun cakap..
Me: Hah cik Zul je lah hantar kan saya..
E..Zul: haa ok.
Saya pun naik lah. Duduk ala-ala nyonya kaki kat tepi. hahah lawak gila tapi nak buat macam mana terpaksa. hahahah kelaka pulak! Pastu dlm perjalanan cuba ingat kad letak kat mana, pastu ckp kat cik Zul suruh tunggu bawah kolej dan hantar saya balik ke dewan. Nasib baik lah Encik Zul ni sanggup tunggu dan baik. Pastu dah msk bilik nak amik ic pg ambil kad bank public bank, sbb warna kad dia sama mcm ic. Haih.. Pastu try tgk dalm jeans nasib baik ada kad matrik! Pheew! Alhamdulillah.
Turun bawah balik cepat2, naik motor. . . Ya Allah saya rasa sangat besar kuasa Allah subahanahuwataala. Dia nak duga kita at the same time dia nak tgk kita boleh deal tak dengan masalah yg dia beri. Alhamdulillah saya pass ujian dia. Sampai sana nasib baik pintu yg student masuk ada terbuka lagi satu. Kalau tak kena masuk main entrance. Mesti malu gila dah la lewat. hmm bila masuk dewan ddk kat tempt tangan terketar ketar, jantung berdegup kencang. Tuhan saja yg tahu. sambil menghembus nafas lega dan bismillahhirohmanirohim saya jawab exam dgn baik, dan apa yg soalan tanya saya boleh jawab. Dulu mama selalu ckp kalau nak jawab exam warm up dulu kasi peluh supaya otak tak sejuk nanti susah nak keluar. Tapi bila tadi dah panik, dan kehulu kehilir. Adernaline pun dah keluar senang kita nak jawab exam Alhamdulillah sekali lagi. So itu lah ceritanya. Ini ialah kenangan dan pengalam bagi saya, ingat Liyana jgn buat lagi awak ada lagi 3 sem! Jangan cuai!
Till then.. oh thanks a lot ENCIK ZUL!!!! ;)
Pheww.. (Panjang cerita kali ni ;P)
No comments:
Post a Comment