Thursday, January 21, 2010

Best day but tired

Hari ni seronok sangat! Tapi Ya Allah letih sangat. Pertama sekali nak cerita kelas pagi tadi, account 115. Kelas ok, belajar pun ok. Kawan pun ok. Semua ok lah. Then kelas Agama 151, ada scene yang best, tapi mana boleh cerita nanti kantoi. Kelas English 260 pun best juga! hahha bila taip ni tersenyum je, tak pe lah biar lah tuan empunya je yang tahu segalanya, yang pasti dia gembira!!! hehe :))

Petangnya pula pergi Ko tenis meja (ping pong), mula mula boring sbb dah tak ada meja nak main. Tengok je orang main, pastu join lah ada budak dua orang ni main. Pastu pergi tulis nama. Ada pula orang offer meja kitaorang pun main lah. Maria ngan Tehah, Yana sorang. Pastu En Zul (jurulatih) pun cakap tak adil ni 2 lawan 1. Dia pun join main ngan kitaorang. Best gila lawan! hahha. Dia sporting habis. Kitaorang pun enjoy. Maria ngan Tehah sampai tak sabar nak tunggu minggu depan.

Semalam ada ladies night, pun best juga! Ingat boring tapi tak pun.Cuma yang tak bestnya kena collect 4 or 5 tiket baru dapat satu cop kolej. hmm.




Itu dia celoteh(berbaju putih hijau)!
kawan saya dia sedang fokus dalam belajar cara memukul bola tennis.
Nanti turn kan ilmu kat yana eh, ingat nak join tapi ramai orang. :(





Oh malam ni ada yasin wing, dapat nasi goreng. Best la juga sebab lapar. Lepastu basuh kain guna mesin basuh. Masuk duit rm3. Lepastu lagi pergi AGM Business Society. Brassband best!!!
"I love you baby.." AGM rekrasi tak pergi pun haha. Esok insyallah ada rezeki pergi rumah feeqa kat Melaka.Here I come Melaka!!! Best! Semoga perjalanan esok selamat dan baik-baik saja. Amin.

Konklusinya dia sangat sweet, baik dan gentleman hari ini. Suka! Dan dia juga mengejek. please lah. Oh tapi kawan kawan yanamcm tak suka dia. hmm. tapi tak pe. Kita semua kan kawan? :)
Oh sorry post kali ni panjang pula, over excited. Padahal cerita yang disampaikan tak sampai lagi hahah.never mind. ok lah till then! bye night! :)

2 comments:

feeqa haballah said...

ehe! :D ceh promote org :p
segan i aww.
mggu depan jgn risau join taw! jgn malu jangan segan semua pakai baju cuma i yg main pki slipar harhar

Journalist said...

hahah promote.
mari mari!
ok insyallah.