Wednesday, July 4, 2012

There must be something.

"I don't understand why God let us meet, if there's no way we could ever be together. -City of Angles (1998)

Nisfu Syaaban


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik olehMalaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
(Source: Wikipedia)
Selamat beramal! :)

Thursday, June 21, 2012

Today reminder

Bertudunglah walau terpaksa. Solatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa. Kerana kewajipan itu memang kadang-kadang sifatnya terpaksa. #UstAzharIdrus

Tuesday, June 12, 2012

Utagha!































Mula mula plan nak pegi Perhentian or Lang Tengah tapi banyak sangat masalah, bilik penuh lah itu lah ini lah, so last minute plan we went to Langkawi. Long trip! Bertolak pukul 6 petang sampai Kedah dalam pukul 3.30 pagi. Dalam perjalanan kitaorg berhenti dekat Ipoh makan-makan. Then Sampai Kedah tidur rumah sedara esoknya lepas subuh sambung perjalanan pegi Kuala Perlis. So that was my first time sampai Perlis.

Jadi semua tempat dah pegi kecuali Sabah and Sarawak! :)) Almost complete! ;)

Conclusion, we had fun and exausted!!!! Hahaha. Cuma terkilan yg sky bridge lagi satu tu tutup, dia buat maintenance. Okay fine for our safety juga kan. Hmm. Till then, Oh congratulation to my cousin baru tunang! ;) Good night and assalamualaikum.

Monday, June 11, 2012