Thursday, September 17, 2009

After class






Lepas kelas terus pergi amik gambar. Ye la ni last kelas sebelum raya. Sedih, sebak gembira semua ada. Lepas amik gambar lepak-lepak kat uptown (tempat makan) ngan budak budak kelas. Minum minum makan kacang. Tapi hari ni, dah ramai yang balik. Esok lagi lah. Dah la tiket 6.30 ptg. Paling lewat kot. Hmm tapi tak pe la asalkan balik dan selamat sampai. Insyallah. Hari ni maria orang first balik. Esok feeqa, then ecah kot. pastu baru lah yana and ain, and the last one is kecik aka teha. Kesian dia patutnya di abalik ngan bella. Tapi dah ada orang tumpang dia pulak jadi teha terpaksa la ikut tiket bas yang dia dah beli which is on friday. Ok lah nidah tak sabar sabar nak balik dah ni. Tak sabar nak tunggu esok. Oh one more thing, ingatkan si secret admire tu dah balik dulu. Tapi belum lagi, petang tadi nampak dia kat bazar. Kalau naik bas sama lagi esok mmg rezeki lah. Tapi tak mungkin sure dia punya tiket awal. Ok lah nak layan movie jap. Esok puasa lagi! Belom raya. Ingat! Till then bye! :)

Buka puasa






Keluar ke segamat, tapi tak tau nak beli apa, sebab tak de pape pn. Setakat tudung tu ada la. Tapi baju yang biasanya kita beli dan pakai tak banyak sangat yang berkenan. Jadi kitaorang berbuka puasa kat pizza hutt sebab dah lama kempunan nak makan pizza. alhamdulillah dapat la jugak makan. Then bila kat pizza ingatkan dapat la jumpa secret admire, haha tapi jumpa clone secret admire. hmm oh yana pun jumpa sorang budak ni. Muka dia cam john mayer. waa dia comel sangat! hehhee:)

Friday, September 11, 2009

Tak sabar nak balik!




Wah memang dah tak sabar sangat nak balik. Tapi baju raya belum beli lagi. Bila pulak nak beli, tah dan ke tidak. Yang penting tiket balik kuantan dah beli. Cuma tiket nak balik segamat belum beli lagi. hahha This sunday ingat nak ke melaka. Tapi macam penat pulak sebab kena balik hari. So tak jadi lah ke sana. Tah apa ada tah kat Segamat ni. Nak shopping raya pun, tak tau nak shopping apa.
Yang ada pun giant, billion, upwell, nirwana. Hmm paham paham je la eh. Semalam baru je test math, waa memang senang, hahah mama ckap tak boleh cakap susah nanti jadi susah. hehe sekarang ni rindu sangat sangat kat mama, baba, adik-adik and kawan2. Oh tahun ni raya KL. Tahun depan baru raya kelantan. Ok lah jangan lupa niat puasa! Bye. :)

Saturday, September 5, 2009

Today is Good Day

Hari ni macam biasa. Rehatkan diri setelah 2 hari ada test. Semalam birthday mama "HAPPY BIRTHDAY MAMA!!!" first time tak celebrate birthday ngan mama. Sedih. hahah pagi tadi tiba-tiba adik call dia tanya kat mana? then tak balik ke? Cakap lah tak kan, pastu dia suruh balik sebab dia bosan. ala so sweet. Rindu la tu. Pagi-pagi lagi kak sheera (roomate) pasang lagu raya. Best dengar lagu raya rasa cam relax sgt. Pastu waa ni lagi excited, dah jumpa myspace my secret admire! Bahagianya dunia. hahah rupa rupanya dia ni tak lah skema dan selekeh sangat. Ok la tapi kat friends dia semua "gurlzz" haha bukan girls. Paham paham lah kan. Tak lama lagi nak raya! Tak sabar rasanya. ok lah nak online myspace pulak. doakan untuk saya ye. Bye!

Monday, August 31, 2009

Happy Birthday Malaysia!

Waa first time naik bas sorang sorang. Best juga tapi takut tu tetap ada la. Tapi yang paling best dapat balik kampung! Kelantan. Waa dapat makan kuih jala mas, buah tanjung akok. best lah sapa suka pergi kelantan dia tau la kuih-kuih ni. Ingat nak bawak balik segamat tapi takut basi. so kena la makan puas-puas. Haih assignment bertimbun-timbun. Esok kena hantar. Dah la sebelum balik, hari jumaat malamnya first time "kot" stay up sampai pukul 4. Terrer lah. haha orang lain tak de pun kecoh kecoh stay up sampai pagi.

Hari ni, pukul 2.30 bertolak lah saya seorang diri ke Segamat. Insyaallah selamat sampai. Hari tu call Secret Admire, ahaha bukan apa saja tanya dia balik kuantan tak, tapi dia tak balik. Call pun sebab tak de kawan nak balik. Kot kot lah dia balik. Tapi hari yang tidur lewat tu kawan dia msg, Hahah. Dia tak tahu kot yang yana ni admire kat kawan dia. Paper je lah. Semakin hari semakin tawar dah. Oh Merdeka Merdeka Merdeka!!! Hehe :)


gambar hiasan

Sunday, August 23, 2009

Selamat berpuasa!

Alhamdulillah dapat juga balik rumah, dapat juga berbuka dan bersahur besama-sama dengan mama, baba, adik, amy and ajim. Seronok!!! Sebenarnya plan nak ke Danga Bay, then tido umah kawan. Tapi dari aku pergi sana baik balik rumahkan. Save sikit and boleh lepas rindu! Hehhe Tapi hari ni dah nak balik dah. Bas pukul 1 karang. Hmm bye tilam ku, bantal ku, and selimut ku. Hahah Harap-harap bulan ramadhan ni dapat la kita semua termasuk lah saya, dapat buat ibadah lebih dari biasa. Insyaallah.

Lepas ni dah balik segamat semua kena buat sendiri. Sahur bangun sendiri, berbuka pergi beli sendiri hmm semua sendiri lah. Mencabar mencabar. Tak pe baba cakap bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Insyaallah. :)

Outing!


karaokae


makan time!


makan.. sedap sehingga menjilat jari:)


bowling


bowling

Hahah ni memang betul betul outing, sampai balik malam. Sampai kena call pak cik van sebab perkhidmatan bas and van sampai pukul 9 je. So kitaorang balik nk dekat pukul 10mlm. Hehhe..
Tapi apa kitaorang buat sampai balik lewat. Haa kat Segamat tu mana la ada wayang or mall jadi yang agak bestnya adalah bowling and karaokae je. hehe. Main bowling, 3 game Rm13. Murahkan. Lepas main bowling kitaorang makan then ke karaokae box. Karaokae box tu not bad lah. This is my first time masuk karaokae box and nyanyi. Wah best rupanya. Memang release tension betul. Hehhe. We had a great time together! Love you guys!